Monday 31 October 2011

Kim Kardashian Bercerai! 72 hari je!

Tak sempat lagi nak tengok habis Wedding Fairy Tale korang dalam tv, korang dah bercerai! 



Kenyataan rasmi dari Kim Kardashian

Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

Sunday 30 October 2011

Gotong royong di Bayu

Assalammualaikum... Terima kasih kepada semua jiran tetangga yang saya hormati. Dengan jayanya kita dah selesaikan gotong-royong perdana di Bayu. Alhamdulillah masih ramai lagi yang sudi menge'join'kan diri walaupun masing-masing masih ada tugasan dan aktiviti sendiri pada hari tersebut ( semalam ). We should proud of ourself! Walaupun tak sehebat jiran tetangga yang lain yang ada disekeliling kita, at least this is a good starting point for our Bayu :)


Seronok lagi bila ber'potluck'. Boleh la berjumpa dengan jiran-jiran, bersembang-sembang sementara menunggu kaum lelaki bekerja. Bertambah seronok bila semuanya sporting jer... Sekali sekala berkumpul tak salah. Suka sangat aktiviti nie sebab boleh merapatkan ukhuwah sesama kita jiran tetangga. Pada pandangan saya, tak salah kalau kita berbuat baik pada orang. Mungkin hari nie hari dia, mana tahu suatu hari nanti hari kita pulak. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 


“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.” ( Hadis riwayat Al-Bukhari )


Pepatah Melayu juga ada menyebut, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Tafsiran pepatah ini merujuk pentingnya hidup bertunjangkan nilai kemuafakatan,  kesefahaman dan tolak ansur sesama manusia. Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran.

Mana yang baik kita jadikan pengajaran. Moga-moga generasi kita nanti pun akan mewarisi sifat-sifat yang baik yang patut kita tanam sejak dari kecil. Insya Allah bila anak-anak kita tengok yang ibubapa mereka berbuat baik dengan jiran tetangga, diorg pun akan berbuat baik dengan jiran-jiran diorg nanti. 

Serius terlupa nak tangkap gambar masa gotong-royong dan masa potluck tadi. Lagi pulak Mama kena dukung Faris Faisal yang memang sedia meragam sebab dia demam tak berapa sihat. Siapa yang ada gambar tu, meh sini bagi pada saya hehehe :)

Apa-apa pun nanti kita buat potluck lagi yer kaum wanita, sebab dari feedback yang saya dapat ramai lagi yang nak join potluck kita dimasa hadapan... Jom jom... :)


ps : Saya dan suami dijadikan bahan oleh jiran-jiran gara-gara bergambar dengan Remy Ishak! Alamak! Malunyaa... Diorg pun tahu! Hehehe! Tapi ai tahu diorg tu semua jelessss hehehe! Jangan le gitu yer ;)





Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

Thursday 27 October 2011

Remy Ishak in the house!

Assalammualaikum semua... Bismillahirrahmannirrahim...

Impian saya dah jadi kenyataan. Dari dulu memang dok berangan nak bagi Remy Ishak rasa produk-produk from Special Sugar. Dulu masa tengah hangat dengan Macaron, memang nak bagi Remy rasa Macaron saya. But semenjak-dua-menjak nie ramai yang suka dengan cheese tart, so saya pun decide nak bagi Remy cheese tart lah pulak! Hehehe...

Macamana kami boleh dapat jumpa Remy? Tak lain dan tak bukan hanya melalui adik saya Hafiz Hamidun
 ( HH ). Dia memang tahu betapa saya minat dengan lakonan Remy since Nur Kasih dulu... Dia tahu yang saya memang asyik dok cerita pasal Remy itu dan ini pada dia hehehe... So memang nak bubuh kredit pada adik saya, TERIMA KASIH yer pakcik sebab kasik can, walaupun diorg tengah busy kerja masa tu...

Nama jer Remy Ishak in the house! Tapi Remy bukannya datang rumah kami. Jangan salah sangka yer... Saya jumpa Remy di studio HH. Diorg kena siapkan dubbing untuk Filem Azazil terbitan Filmscape dan Primeworks Studio. Cerita seram yang akan keluar tahun depan 2012. Sama-sama kita nantikan...

Masa otw dalam kereta dah pesan dah pada Haikal dan Faris supaya behave nanti. Saya dan suami juga cerita pada diorg siapa Remy Ishak nie, ala yang cerita Mama Nur Kasih tu... Hehehe! Haikal faham, tapi Faris huhuhu dia dok ulang-ulang nyanyi lagu Nur Kasih je yang dia tahu... Then Mama pun pesan nanti salam tau uncle Remy hehehe... Bila sampai je parking kat bawah, tiba-tiba Mama tak boleh bernafas. Semput pulak tiba-tiba hahaha! Teruk betul kan? But dalam hati berkata-kata, nak buat apa aku nervous nie? Kan ke Remy tu pun manusia jugak? Ceeee nak sedapkan hati sendiri jer ayat tu... Bila jumpa jer Remy, terus perasaan nervous tu hilang. Sebab memang selesa sangat masa tu. Ceria dan mesra. Macam dah kenal lama jer bunyinya hehehe... Remy pun pandai ambil hati orangnye... Cool...


Gambar nie masa Remy baru rasa cheese tart tu! Takut terlupa baik suruh dia tulis comment cepat-cepat! Kang terkantoi projek Mama hahaha! Btw he's is so cool and friendly and funny and sporting! No wonder yang Remy boleh naik lagi, Insya Allah nanti akan jadi pelakon yang hebat!!!
 Akak doakan kau dik hehehe ;)


 Ini my husband dengan Remy. Time nie dia dah makan beberapa ketul cheese tart. Eh sedapnya, kata dia... Waaa Mama suka sangat! Glad u like it! Then Remy kata, nasib baik saya dah habis diet kak. Dia kena kurangkan weight dia untuk shooting yg sebelum nie, katanya... Nasib baik la kan...

 He's so funny... Ai like :)

 Sorry kacau u yer... Tapi nak jumpa jugaksss hehehe...

 Thanks Remy sebab sudi luangkan masa jumpa kami. Kami doakan hanya yang terbaik untuk u 
Insya Allah...

 Turn Faris dan Haikal. Haah Faris memang kalau tangkap gambar tak suka tengok camera! Tapi Mama paling suka gambar nie sebab terang... Ai like... Remy panggil Haikal dan Faris, meh sini tangkap gambar dengan Ustaz Solah erk... Hehehe... 

This pic is from my iPhone. So memang gelap sikit! Macam-macam aksi hahaha...

 Faris still tak tengok camera hehehe!

Gambar nie Remy suruh check balik kat phone Mama ok ke tak... Ai like... :)

Ini yang paling berharga sekali hahaha! Thanks Remy! 
Ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi, ada umur yang panjang Insya Allah berjumpa lagi... Amin! :)

Begitulah ceritanya... Kalau ada pertanyaan sila tanya hahaha... Insya Allah kalau boleh saya jawab, saya jawab...

ps : Remy ada kata yang Tiz pun kena rasa cheese tart nie waaaaa ai like it so much! Suka lagi Mama! :) :) ;)

Sekian dan selamat malam!

Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com



Monday 24 October 2011

Sekolah Agama Rakyat atau KAFA ?

Hari nie setelah sekian lama tertangguh, saya dan suami dah pun decide nak sekolahkan Haikal di Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) Manbaul Ulum, Fasa Dua, Taman Sri Serdang.

Mula-mula melalui perbualan saya dengan jiran, ada yang hantar anak-anak mereka ke KAFA Integrasi di Tanming Jaya bersebelahan Masjid Tanming. Memang kami qariah sana, tapi untuk Haikal yang akan bersekolah seisi petang nanti, kata cikgu-cikgu KAFA tu tak ramai murid-murid yg ada untuk seisi pagi tu nanti. Buat masa nie hanya anak kami jer... :(

Bila dah pergi ke SAR tu, baru kami lega sebab besar betul sekolah tu. Dah macam sekolah rendah biasa saiznya. Siap ada kantin lagi. Mama dulu pun SAR yang bangunannya hanya ditumpangkan ke dua buah rumah kampung yang biasa-biasa je. Alhamdulillah nampaknya memang dah confirm sangat. Dah ambil borang dan nanti kena kembalikan bersama-sama dengan dua salinan surat beranak. Yuran pula dalam lebih kurang RM150 bersama-sama dengan buku-buku latihan, yang nie kena bayar masa hari pertama persekolahan nanti. Waaa excited gila Mama dan Ayah sebab ye lah anak first baru nak masuk sekolah....

Dah berangan-angan nak shopping baju-baju dan kasut sekolah Haikal nanti... Insya Allah Mama akan sentiasa berada di sisi Haikal bagi memastikan tahap pembelajaran anak Mama sentiasa yang terbaik. Mama doakan agar Haikal akan jadi top student dalam mana-mana bidang yang akan diceburi nanti, Insya Allah Amin Amin Amin!

Terlupa nak tangkap gambar masa pergi kedua-dua sekolah tu tadi... Insya Allah masa hantar borang nanti boleh la tangkap mana-mana yg patut...

Oklah nak ready untuk Masterchef Malaysia, sebab first episod hari tu terlupa nak tengok. Malam nie boleh la layan...

Wassalam...

ps : Siapa nak borang SRA atau KAFA tu boleh pm saya sebab ada lebih ;)


Haikal dah nak sekolah dah tahun depan Darjah Satu ;)


Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

Order : 23rd October 2011

Mari kita lihat apa yang customer saya order untuk hari Ahad yang lepas :) ;)



























Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

Wednesday 19 October 2011

Tukar Alamat SPR

Assalammualaikum... Nak curi masa sekejap pagi nie sebelum nak mulakan kerja menge'shell tart'kan diri untuk order hujung minggu nie hehehe... Faris tengah minum susu so jom baca entry terbaru saya hehehe...

Semalam akhirnya dapat juga tukar alamat SPR saya berikutan dengan penukaran alamat dalam IC baru saya. Memang dah lama request dengan encik suami yang selalu sangat busy dengan kerja-kerja dia... Itu pun saya pergi ke Pos Besar KL, padahal SPR Putrajaya bukannya jauh. Dah kebetulan berada di tengah-tengah KL so terus je laju ke sana. Jalan KL time tu still belum jam.

Wah dah bertukar wajah ler Pos Besar KL. Kali terakhir pergi rasanya tahun lepas. Bagus servis pun cepat jer... Tak sampai setengah minit tunggu, terus je no giliran saya dipanggil. Wow ini teramat bagus kan? Tak sampai 5 minit urusan penukaran alamat SPR saya siap! Tahniah kepada Pos Malaysia. Please keep up! Ai like... 



Dan ini pemandangan di luar Pos Besar KL tu masa saya keluar that time... Gelap sebab nak hujan! So jom balik :)


Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

Candy Buffet by Special Sugar




About Our Candy Buffets



Looking for a candy buffet that will blow your guests away? At Special Sugar, our team of design specialists can provide you with a feast that will dazzle both the eyes and the taste buds.



Contact Special Sugar today, to receive information on the perfect solution for you.


Making your event unique can be a challenge these days, but Special Sugar are dedicated to presenting an original lolly design that matches the theme and mood of your event. Candy buffets can be bright and child-like or sophisticated and decadent - whatever the requirement, you can rest assured we can supply a candy buffet to match.



Whether you want to cap off a wedding reception for your family and friends or create a talking point for your work colleagues at your corporate event, candy buffets are a cost-effective idea that is bold and high-profile.A candy buffet makes a real statement! There are many reasons why a candy buffet is the perfect idea for your next event, including:

  • The child-like wonder it creates in your guests - your guests literally are "kids in a candy shop!"

  • Guests take their lolly bag/box with them, leaving them with a souvenir for the next day

  • A great ice-breaker for corporate events
Special Sugar provides a combination of classic and contemporary lollies housed in stunning buffet glassware with lolly scoops that smack of yesteryear. Our tablecloths are also specially selected to ensure that the candy buffet serves as the perfect backdrop to your event. Even if your party has no set theme, our design experts are ready with plenty of suggestions to ensure that the candy buffet suits your event to a tea.



Contact Special Sugar  - our design experts can explain the options which are most suitable for you.



Events Suited To A Candy Buffet



Candy buffets are perfect for any event - weddings, birthdays, kids parties, anniversaries, corporate events, product launches, movie nights, and yes, even at a wake.

  • Corporate Events
Provide a little of the unexpected for your next corporate event with a candy buffet designed to match your company colours or your event theme. Your guests will graze throughout the night or scoop up a sample as they head home for the night - however you would like the buffet presented, you can be sure that it will be a talking point for all of your guests, both young and old.

  • Weddings
Your guests have wined, dined and danced and for many weddings, the function has run out of ideas. Roll on the candy buffet! Guests of all ages will flock to it, cackling away as they fill their lolly bags or boxes with forbidden goodies. And when you ask anybody the next day what they remember most (besides the beautiful bride!), we guarantee it will be the candy buffet.

  • Birthdays
We recommend the candy buffet hold pride of place upon your guest's arrival - as the party unfolds, you can watch as people begin to hover over the candy buffet, desperate to get a taste of some sweet, sweet love. If yours is a kids party, don't even bother trying to hold the kids back! Let them pack their own lolly bag that they can then collect at the end of the party. And as for the theme, be it "Barbie", "Angry Birds", "Ben 10" or many others, Special Sugar will supply a candy buffet to match.

We are dedicated to providing the most elegant, yet fun candy buffet available, to ensure your guests leave your event with a smile! Call Special Sugar today for a free consultation to determine a buffet that is right for you.



Pricing

All our candy buffets include the setup of our beautiful decorated glass jars, delicious coloured themed candy, buffet design and layout, candy scoops, linen and candy boxes* as well as candy buffet setup and takedown.

*Candy boxes can include your name or company logo

Custom orders are available at an additional cost e.g. exclusive trim on boxes, or special favour boxes, or special candy treats.

Candy buffet prices are charged on a combination of factors including design, theming requirements, location, number of guests, etc.

Contact us for a free quote today.



Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

Tuesday 18 October 2011