Tuesday 2 August 2011

Selamat Berpuasa Semua

Selamat berpuasa pada semua. Hari nie dah hari yang ke-3 kita berpuasa. Jangan tak percaya sekejap je nanti dah hari yang ke-30. Kami suami isteri berazam nak tingkatkan lagi amalan berpuasa kami sehabis baik. Dan yang paling penting jangan membazir. Kadang-kadang bila difikirkan balik, masa dalam puasa lagi banyak keluar belanja berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Dengan bazar Ramadhannya la... Dengan sale sana sini nya la... Tak sepatutnya berlaku macam tu sebab kita seharusnya bersederhana dalam bulan yang mulia ini. Berjimat-cermat dan berhemah apabila berbelanja. Tak payah pergi bazar Ramadhan pun rasanya dah cukup dengan apa yang dimasak dirumah. Kenyang bila dah makan nasi, rasanya kalau beli kuih-muih pun dah tak boleh masuk dah hehehe... Nafsu semata-mata je semua tu... Insya Allah semoga apa yang kami rancangkan suami isteri akan berjalan dengan lancar. Berbuka satu lauk dan kalau boleh tak payah la pergi ke bazar Ramadhan... Wallahualam.... :)