Tuesday 1 November 2011

Seminar Menggarap Potensi Anak 0-4 tahun

Pagi tadi saya mengikuti Seminar Menggarap Potensi Anak 0-4 tahun di Dewan Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia di UPM. Sepatutnya program itu bermula pada pukul 8.30 pagi, tapi lewat 15 minit kemudian baru boleh mula. Biasa la kan hehehe... 

 Nota untuk peserta kursus

Alhamdulillah memang berbaloi saya mengikuti seminar tersebut sebab saya dapat terlalu banyak perkara baru dan ilmu pengetahuan berkenaan dengan potensi yang ada dalam diri anak-anak kita secara tidak kita sedari. Bila dah mengikuti seminar tersebut, nampaknya boleh la saya praktikkan pada anak-anak saya Haikal dan Faisal yang tersayang. Banyak rupanya kesalahan yang kita lakukan dalam merangsang anak-anak menjadi insan yang berpotensi tinggi. Saya akui memang bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Dengan adanya majlis-majlis ilmu sebegini dapatlah kita membetulkan kesilapan kita sebelum ianya menjadi lebih teruk.

Kesilapan yang saya maksudkan ialah kesilapan yang tidak kita sedari. Perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan dalam merangsang anak-anak kita. Saya akui saya pun ada melakukan kesilapan-kesilapan tersebut dalam mendidik anak saya. Insya Allah Mama akan ubah. Beringat sebelum kena, berubah sebelum parah.

Walaupun tajuk seminar nie 0-4 tahun, namun pada pandangan saya ianya tidak terhad hanya pada umur yang dinyatakan. Kita boleh juga praktikkan pada anak-anak kita yang berumur lebih daripada itu. Tapi kita sebagai ibubapa haruslah kreatif untuk disesuaipadankan dengan perkembangan umur anak-anak kita.
Wow banyaknya saya tulis! Hehehe :) Kita layan gambar dulu lah yer...

 Dr Mariani Mansor menyampaikan ceramah di slot pertama

 Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Noorizajune Abu Bakar. Lain kali kalau ada seminar yang bagus-bagus ajak lagi yer... Time nie baru lepas makan, tuh yang boleh senyum tu hehehe :)



Puan Nani Menon pula menyampaikan ceramah di slot yang kedua


 Antara peserta kursus 

Click me Tutor TV SPM

Ringkasan tips-tips penting Dr Mariani

  • Anak-anak harus dirangsang perkembangan mereka sejak dari bayi lagi. 
  • Anak-anak harus diasuh, dibentuk dan digarap ke arah yang kita harapkan
  • Sebagai ibubapa, tahap perkembangan anak-anak mesti kita ketahui, melalui tahap-tahap itu barulah boleh kita rangsang bagi memaksimumkan lagi potensi yang ada dalam diri anak-anak kita
  • Anak-anak belajar melalui pemerhatian - "Model The Behaviour"
  • Ibubapa jangan terlalu menekan anak-anak
  • Kena terangkan pada anak-anak KENAPA kita marah? KENAPA? dan terangkan
  • Persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam merangsang cara pemikiran kanak-kanak
  • Disebabkan kanak-kanak suka meniru, bagi sesuatu yang positif kita sebagai ibubapa harus bagi lagi motivasi pada anak-anak kita, puji dia, galakkan dia lagi untuk buat perkara tersebut. Gilap potensi yang ada dalam diri anak
  • Bermain adalah tugas kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak sebenarnya belajar
  • Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi
  • Setiap tahap perkembangan anak, cara berfikir mereka juga berbeza
  • Kepala atau otak kanak-kanak merupakan organ yang sangat sensitif
  • Tengkorak kanak-kanak belum bercantum sebelum mencecah umur 2 tahun
  • Elakkan daripada menggoncang anak-anak kerana ini akan mencederakan otak mereka nanti
  • Macamana nak rangsang otak anak-anak kita?
    • bermain dengan anak, bercakap dan agah anak-anak yang masih bayi
    • rangsangan dan pemakanan yang berzat
    • jangan selalu marah dengan anak-anak, beri mereka peluang
    • galak dan ransang mereka selalu
  • Jangan halang anak naik tangga ( sebagai menyebut contoh ) ajar anak-anak cara yang betul
  • Dalam proses menggarap potensi anak-anak ini yang harus kita ingat
    • jangan paksa kanak-kanak untuk melakukan sesuatu yang masih belum boleh dilakukannya
    • pertingkatkan pengawasan ke atas anak-anak dari bahaya
    • jangan mencantas keinginan atau usaha kanak-kanak

Ringkasan tips-tips penting Puan Nani
  • Setiap anak berbeza
  • Bercakaplah dengan anak, dengan ayat yang betul atau ayat yang penuh
  • Rajin bercerita dengan anak
  • Gunakan bahasa yang satu sahaja. Jangan campur-campur...
  • Bercerita secara konsisten - 2 kali sehari
  • Anak-anak pandai mengecam lambang-lambang, salah satu cara pembelajaran
  • Carilah masa pembelajaran yang sesuai. Ulang 40 kali secara konsisten. Jangan lama, cukup 5 - 10 minit sahaja. Kanak-kanak cepat jemu.
  • Galakkan anak-anak dalam Kebolehan Bantu dan Urus Diri yang betul
  • Jangan bagi makanan yang berkalori tinggi seperti ayam goreng, kerana ini akan menjadikan tenaga mereka terlalu banyak ( tak boleh diam ). Buah-buahan dan sayuran pilihan terbaik!
  • Ciri umum kanak-kanak
    • Tantrum - naik angin - kerana mereka sebenarnya nakkan sesuatu, tapi masih tidak tahu meluahkan
    • Sangat aktif
    • Mahu cuba sendiri, tidak suka dibantu
    • Berfikiran animistik - benda yang tidak bernyawa di anggap hidup
    • Percakapan persendirian 
  • Suka bertanya - nakkan perhatian
  • Kita sebagai ibubapa TIDAK BOLEH bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Kita hanya boleh bandingkan anak kita dengan perkembangan dia yang sebelum-sebelumnya
  • Ibubapa harus yakin dengan kebolehan anak-anak
  • Setiap anak mempunyai ciri, kecenderungan, potensi dan tingkahlaku yang berbeza. Carilah KEKUATANNYA supaya boleh digilap potensinya dan dapat membina kendiri yang positif.

Hadis Riwayat At-Thabrani daripada Abu Darda'
"Ilmu diwaktu kecil laksana mengukir di atas batu"

Wallahualam
Yang baik tu datangnya dari Allah, yang silap itu dari diri saya sendiri...
Selamat malam :)

Anis 
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com