Sunday 21 August 2011

Thursday 18 August 2011

Gambar : 19 Ogos 2011

Baru masukkan gambar dalam page Special Sugar di FB...





























Ambil mood :)

Agak-agaknya boleh tak kalau blog Special Sugar nie saya masukkan juga cerita-cerita harian? Ok tak? Ok je la kan... Baru meriah sikit rasanya hehehe...

Semenjak adanya Special Sugar dalam hidup Mama, seriusly Mama memang kelam kabut dibuatnya. Dengan dua orang hero, Haikal 6 tahun dan Faris 23 bulan, dengan ayah diorg lagi ( my lovely husband ), dengan rumah ku syurga ku ini, dan macam-macam lagi title yang listnya memey cukup panjang! Apa-apa pun hidup mesti diteruskan... Kita buat dengan sehabis baik, Insya Allah semuanya berjalan dengan lancar...

Hari nie puasa ke 18. Baju melayu dan baju kurung dah ready. Jangan tanya warna apa yer, biarlah rahsia dulu ok ;)
Baju t-shirt dan seluar Haikal & Faisal dah selesai. Tinggal baju malam untuk diorg dan selipar baru. Songkok tak payah beli sebab ada banyak kat rumah. Recycle je la...
Mama dan ayah heeee belum shopping lagi, no idea apa yang nak dibeli... Tunggu mood raya sampai baru ada nafsu kot hahaha!

Tuesday 2 August 2011

Selamat Berpuasa Semua

Selamat berpuasa pada semua. Hari nie dah hari yang ke-3 kita berpuasa. Jangan tak percaya sekejap je nanti dah hari yang ke-30. Kami suami isteri berazam nak tingkatkan lagi amalan berpuasa kami sehabis baik. Dan yang paling penting jangan membazir. Kadang-kadang bila difikirkan balik, masa dalam puasa lagi banyak keluar belanja berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Dengan bazar Ramadhannya la... Dengan sale sana sini nya la... Tak sepatutnya berlaku macam tu sebab kita seharusnya bersederhana dalam bulan yang mulia ini. Berjimat-cermat dan berhemah apabila berbelanja. Tak payah pergi bazar Ramadhan pun rasanya dah cukup dengan apa yang dimasak dirumah. Kenyang bila dah makan nasi, rasanya kalau beli kuih-muih pun dah tak boleh masuk dah hehehe... Nafsu semata-mata je semua tu... Insya Allah semoga apa yang kami rancangkan suami isteri akan berjalan dengan lancar. Berbuka satu lauk dan kalau boleh tak payah la pergi ke bazar Ramadhan... Wallahualam.... :)