Wednesday, 19 October 2011

Tukar Alamat SPR

Assalammualaikum... Nak curi masa sekejap pagi nie sebelum nak mulakan kerja menge'shell tart'kan diri untuk order hujung minggu nie hehehe... Faris tengah minum susu so jom baca entry terbaru saya hehehe...

Semalam akhirnya dapat juga tukar alamat SPR saya berikutan dengan penukaran alamat dalam IC baru saya. Memang dah lama request dengan encik suami yang selalu sangat busy dengan kerja-kerja dia... Itu pun saya pergi ke Pos Besar KL, padahal SPR Putrajaya bukannya jauh. Dah kebetulan berada di tengah-tengah KL so terus je laju ke sana. Jalan KL time tu still belum jam.

Wah dah bertukar wajah ler Pos Besar KL. Kali terakhir pergi rasanya tahun lepas. Bagus servis pun cepat jer... Tak sampai setengah minit tunggu, terus je no giliran saya dipanggil. Wow ini teramat bagus kan? Tak sampai 5 minit urusan penukaran alamat SPR saya siap! Tahniah kepada Pos Malaysia. Please keep up! Ai like... 



Dan ini pemandangan di luar Pos Besar KL tu masa saya keluar that time... Gelap sebab nak hujan! So jom balik :)


Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

No comments:

Post a Comment