Tuesday, 8 November 2011

Salam Aidiladha 1432H

Assalammualaikum, apa khabar pembaca semua... Cehwah macam la banyak sangat pembaca kan? Hehehe tak apa la yang pentingnya perasaan positif saya, sebab saya suka berfikiran positif sahaja... Tak nak fikir yang tak elok, sebab saya nak vibe positive dalam hidup saya... Doakan yer, Amin...


Hari raya yang pertama kami sekeluarga Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah korban kat kampung halaman saya di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Alhamdulillah tahun nie kat kampung kami ada 8 ekor lembu yang nak dikorbankan. Pagi raya tu, hujan renyai-renyai, terpaksa berpayung. Lembu yang agresif sempat melibaskan ekornya pada lumpur... Hehehe habis kotor semua orang hehehe... Ayah yang sembelih lembu so boleh ler request untuk dapat lembu yang mula-mula sekali disembelih. Sebabnya Haikal dan Faisal pun ada ikut berhujan dan duduk dalam hutan yang lecak hehehe... So nak cerita banyak pun hehehe mesti korang malas nak baca, so apa kata kita layan gambar :)

Orang kampung dah berkumpul... Bagus diorang nie :)

Kena pakai topi kalau tak nanti sure demam anak-anak Mama...

Lembu baru sampai, ada 3 ekor dulu...

Tengok lembu...

Berjaya ditumbangkan... Tengok la lecah tu...



Lepaskan tali!

Good job...

Tanpa pengorbanan , tiadalah perjuangan dan Islam tidak akan berdaulat 

No comments:

Post a Comment