Tuesday, 27 December 2011

Jangan buat!

Hari tu masa saya ada facial appointment di Bangsar saya memang sengaja keluar awal dari rumah, satu sebab takut jam - almaklumlah pemandu wanita yg berhemah hehehe dan yg kedua bila dah sampai awal memang bercadang nak window shopping yang tak berapa window sebab ter'angkat juga beberapa helai baju waaa tidak!!

So masa masuk satu kedai nie, saya yang tengah membelek-belek baju, ternampak baby girl yg tengah hisap puting dalam stroller. Dia senyum so saya pun balas senyuman si kecil tu...

Bila selesai testing baju, saya keluar dari fitting room tu saya nampak baby girl tu tadi dah tak duduk dalam stroller dah. Dia duduk atas lantai merangkak. Then si ibu pula tengah membelek-belek baju di rak ruang kedai tersebut. Saya pelik yang pertama! Anaknya dibiarkan merangkak sekitar ruang kedai! "What?!" hati saya berkata.

Pelik yang kedua! Si ibu tadi nak masuk ke dalam fitting room, kemudian anaknya yang sedang merangkak dipanggil-panggil si ibu seperti tutttt!!! "Come baby come baby!!" Bayangkanlah baby tu tengah merangkak, si emak pulak menjerit-jerit panggil anak tu suruh ikut dia masuk dalam fitting room tu! "What?!" terdetik lagi hati saya dengan perasaan yang geram dengan si ibu tersebut.

Sesungguhnya apa la salah kalau dukung je anak tu bawak masuk dlm bilik fitting room tu daripada terjerit-jerit panggil anak yg sedang merangkak! Dah rupa tutttt aku tengok hmmmm... Apa la ini olang!!!

Saya ingat sayalah ibu yang paling teruk, rupa-rupanya???!!!! Alahai entah la, susah nak cakap! Apa yang boleh saya buat dan nasihat pada kawan-kawan semua, JANGAN LA BUAT MACAM TU YER! Tolong la...

Okay emo pulak sekejap tadi hehehe... Ini semua hanyalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya! Salah dan silap harap dimaafkan! Assalammualaikum :)


Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

No comments:

Post a Comment