Sunday 30 October 2011

Gotong royong di Bayu

Assalammualaikum... Terima kasih kepada semua jiran tetangga yang saya hormati. Dengan jayanya kita dah selesaikan gotong-royong perdana di Bayu. Alhamdulillah masih ramai lagi yang sudi menge'join'kan diri walaupun masing-masing masih ada tugasan dan aktiviti sendiri pada hari tersebut ( semalam ). We should proud of ourself! Walaupun tak sehebat jiran tetangga yang lain yang ada disekeliling kita, at least this is a good starting point for our Bayu :)


Seronok lagi bila ber'potluck'. Boleh la berjumpa dengan jiran-jiran, bersembang-sembang sementara menunggu kaum lelaki bekerja. Bertambah seronok bila semuanya sporting jer... Sekali sekala berkumpul tak salah. Suka sangat aktiviti nie sebab boleh merapatkan ukhuwah sesama kita jiran tetangga. Pada pandangan saya, tak salah kalau kita berbuat baik pada orang. Mungkin hari nie hari dia, mana tahu suatu hari nanti hari kita pulak. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 


“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.” ( Hadis riwayat Al-Bukhari )


Pepatah Melayu juga ada menyebut, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Tafsiran pepatah ini merujuk pentingnya hidup bertunjangkan nilai kemuafakatan,  kesefahaman dan tolak ansur sesama manusia. Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran.

Mana yang baik kita jadikan pengajaran. Moga-moga generasi kita nanti pun akan mewarisi sifat-sifat yang baik yang patut kita tanam sejak dari kecil. Insya Allah bila anak-anak kita tengok yang ibubapa mereka berbuat baik dengan jiran tetangga, diorg pun akan berbuat baik dengan jiran-jiran diorg nanti. 

Serius terlupa nak tangkap gambar masa gotong-royong dan masa potluck tadi. Lagi pulak Mama kena dukung Faris Faisal yang memang sedia meragam sebab dia demam tak berapa sihat. Siapa yang ada gambar tu, meh sini bagi pada saya hehehe :)

Apa-apa pun nanti kita buat potluck lagi yer kaum wanita, sebab dari feedback yang saya dapat ramai lagi yang nak join potluck kita dimasa hadapan... Jom jom... :)


ps : Saya dan suami dijadikan bahan oleh jiran-jiran gara-gara bergambar dengan Remy Ishak! Alamak! Malunyaa... Diorg pun tahu! Hehehe! Tapi ai tahu diorg tu semua jelessss hehehe! Jangan le gitu yer ;)





Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

No comments:

Post a Comment