Monday, 24 October 2011

Sekolah Agama Rakyat atau KAFA ?

Hari nie setelah sekian lama tertangguh, saya dan suami dah pun decide nak sekolahkan Haikal di Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) Manbaul Ulum, Fasa Dua, Taman Sri Serdang.

Mula-mula melalui perbualan saya dengan jiran, ada yang hantar anak-anak mereka ke KAFA Integrasi di Tanming Jaya bersebelahan Masjid Tanming. Memang kami qariah sana, tapi untuk Haikal yang akan bersekolah seisi petang nanti, kata cikgu-cikgu KAFA tu tak ramai murid-murid yg ada untuk seisi pagi tu nanti. Buat masa nie hanya anak kami jer... :(

Bila dah pergi ke SAR tu, baru kami lega sebab besar betul sekolah tu. Dah macam sekolah rendah biasa saiznya. Siap ada kantin lagi. Mama dulu pun SAR yang bangunannya hanya ditumpangkan ke dua buah rumah kampung yang biasa-biasa je. Alhamdulillah nampaknya memang dah confirm sangat. Dah ambil borang dan nanti kena kembalikan bersama-sama dengan dua salinan surat beranak. Yuran pula dalam lebih kurang RM150 bersama-sama dengan buku-buku latihan, yang nie kena bayar masa hari pertama persekolahan nanti. Waaa excited gila Mama dan Ayah sebab ye lah anak first baru nak masuk sekolah....

Dah berangan-angan nak shopping baju-baju dan kasut sekolah Haikal nanti... Insya Allah Mama akan sentiasa berada di sisi Haikal bagi memastikan tahap pembelajaran anak Mama sentiasa yang terbaik. Mama doakan agar Haikal akan jadi top student dalam mana-mana bidang yang akan diceburi nanti, Insya Allah Amin Amin Amin!

Terlupa nak tangkap gambar masa pergi kedua-dua sekolah tu tadi... Insya Allah masa hantar borang nanti boleh la tangkap mana-mana yg patut...

Oklah nak ready untuk Masterchef Malaysia, sebab first episod hari tu terlupa nak tengok. Malam nie boleh la layan...

Wassalam...

ps : Siapa nak borang SRA atau KAFA tu boleh pm saya sebab ada lebih ;)


Haikal dah nak sekolah dah tahun depan Darjah Satu ;)


Anis
Special Sugar
012.5209097
thespecialsugar@gmail.com

3 comments:

  1. Haikal si kacak.... semoga jadi anak yg soleh yg berjaya ye! :)

    ReplyDelete
  2. hmm...SRA tu sekolah camana? tak paham pulak.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap Anis SRA dan SMA tu menerima bantuan subsidi kerajaan. SAR tu atas inisiatif surau atau masjid yang terlibat. Kalau tak silap la...

    ReplyDelete